BANCI PENDUDUK TAHUN 2020

Mula menjawab(Bahasa Inggeris)

Mula menjawab(Bahasa Inggeris)

Kerajaan Jepun akan melaksanakan banci penduduk berkuatkuasa 1 Oktober, 2020.
Banci penduduk merupakan kaji selidik statistik yang paling penting dalam 5 tahun sekali.

Hasil banci penduduk akan digunakan dalam pembuatan dasar seperti menciptakan lingkungan tempat tinggal yang mudah ditempati oleh orang asing, dll.
Sasaran banci penduduk adalah orang yang tinggal di Jepun selama 3 bulan ke atas tidak mengira kewarganegaraannya atau orang yang akan tinggal 3 bulan ke atas di Jepun. Orang yang menjadi sasaran tersebut memiliki kewajipan untuk memberikan jawapan, jadi pastikan untuk menjawabnya.
Isi jawapan hanya akan digunakan untuk membuat data statistik dan tidak akan digunakan untuk tujuan lainnya seperti kawalan imigresen atau siasatan polis, dll.

Banci penduduk akan dilaksanakan dengan alur berikut.

*Jadual pelaksanaan banci penduduk boleh berubah di sebahagian daerah.

1

Pengedaran dokumen banci penduduk <Mula Isnin, 14 September>

Pegawai banci penduduk akan mengunjungi rumah anda dan mengedarkan dokumen banci penduduk dengan memasukkannya ke tempat penerimaan pos.

2

Masa pemberian jawapan di internet <Isnin, 14 September sampai Rabu, 7 Oktober>

Banci penduduk ini boleh dijawab lewat internet.
Jika dokumen banci penduduk tiba di rumah anda, sila akses ke tapak untuk menjawab lalu ikuti petunjuk di skrin dan berikan jawapan anda. Sila jawab menggunakan internet.
Untuk menjawab, anda memerlukan “Login ID” dan “Kunci akses” yang tersenarai pada “Panduan jawapan internet” yang ada di dalam “Amplop dokumen banci” yang telah diedarkan.

Mula menjawab(Bahasa Inggeris)

  • Amplop dokumen banci
  • Panduan jawapan internet
  • Amplop dokumen banci

  • Panduan jawapan internet

Mula menjawab(Bahasa Inggeris)

Sila gunakan smartphone atau komputer untuk menjawab.

  • *Selepas menjawab, jika ada perubahan pada kandungan jawapan seperti terjadi kelahiran ahli keluarga atau pindah alamat, dll. sampai Khamis, 1 Oktober, sila login kembali dan lakukan pembetulan. “Login ID” dan “kata laluan” yang anda tetapkan diperlukan untuk login kembali.
  • *Kertas lembar banci tidak perlu diserahkan bagi keluarga yang telah menjawab dengan internet. Sila jangan menulis apa pun pada kertas lembar banci dan sila dibuang agar tidak digunakan untuk tujuan lain.
3

Masa menjawab lembar (kertas) banci <Khamis, 1 Oktober sampai Rabu, 7 Oktober>

Anda boleh menjawab dengan kertas lembar banci bila tidak boleh menjawab dengan internet. Jika menjawab dengan kertas lembar banci, gunakan “Tpenerangan tentang borang banci” dan “panduan mengisi borang banci” sebagai rujukan lalu tulis jawapan pada lembar banci yang ada di dalam “Amplop dokumen banci”.
Lembar banci yang telah diisi dilipat menjadi tiga bahagian lalu masukkan ke dalam “Amplop penghantaran pos” tanpa menempel setem dan masukkan ke kotak pos terdekat paling lambat hari Rabu, 7 Oktober.

  • Lembar banci
  • Amplop penghantaran pos
  • Lembar banci

  • Amplop penghantaran pos

  • *Cara penghantaran lewat pos mungkin tidak dijalankan di sebahagian daerah.
  • *Jika sulit dihantar lewat pos, pegawai banci penduduk akan mengambil lembar banci ini, jadi sila hubungi pusat panggilan banci penduduk di bawah ini.
4

Permintaan penghantaran

Jika pengesanan jawapan belum boleh dilakukan sampai hari Rabu, 7 Oktober, pegawai banci penduduk akan memberikan pengingat jawapan.

Jika anda tidak faham dengan kandungan tulisan pada banci penduduk atau jika dokumen banci penduduk belum tiba, sila hubungi Pusat Panggilan Banci Penduduk.

Pusat panggilan banci penduduk: 0570072020

Tempoh pelaksanaan: hingga Senin, 30 November

Waktu penerimaan: 08:00-21:00

*Operator akan melayan dalam bahasa Jepun, tetapi bahasa asing juga tersedia.